BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 12, 2009

~ WITHOUT YOU~

Serasa..

Gentayangan tanpa graviti
Melepasi langit ketujuh
Tinggi begitu tinggi- setinggi tinggi..
Begitu aku
Ketiadaan kamu
Tiada sepi.
Bebas berlari.
Bernafas tanpa henti.
Tiada mati.
Tanpa kamu
Aku.....
Immortaliti!

Monday, November 16, 2009

C E P A T !

Tak mungkin jelajah satu belantara
Atau menyelinap pelosok antero dunia
Tuk mencari dia suntingan jiwa
Mana kamu? - Sila.
Mencari pula aku Si Dewi Cinta
Heh!~ Rapat.
Tak perlu temuduga
Walk-in terus sahaja
Aku pasti terima
Andai benar kamu Arjuna
Yang kasihnya mekar sentiasa
Yang poketnya ada ringgit - tak perlu berjuta
Yang setianya hingga kedut di muka. - Sila.
Tak perlu capek mencari
Kerana aku ada di sini
Menanti-
Hadirnya kamu Sang Arjuna merapati
Bersama aku merealisasi mimpi!

Monday, November 9, 2009

ENTRY MAMAK..

Pekat Neslo dan Milo ais tabo

Ber ais tapi aku berpeloh
Dada memuncak
Deras..lagi, lagi, lagi dan lagi
Argh..apa ini? - Pandangan terhalang
GOLLLL...
Badigol betul.
Terlepas.
Detik emas
Kemenangan
Pasukan jersi biru itu

Chelsea kesayanganku..

Sunday, November 8, 2009

P O L A N

Telanjang

Terbogel sekali lagi
Tubuh mungil jadi tatapan
Namun santapan? - heh jauh sekali..
Maaf.
Persalinanku hanya kain perca
Yang akhirnya dicarik rabak
Si polan durja.
Taksubnya mereka
Taktala menjaja cerita
Mengaib meskipun dusta.
Aku..
Perempuan malang itu
Dalam telanjang
Tetap kental berhati jitu
Bingkas
Ku kutip sisa perca itu
balut semula tubuh giurku
Separuh bogel - Aku tak malu..-heh
Maaf.
Bukan aku perempuan tak tahu malu
tapi telanjangku kerana kamu
bukannya aku!

kerna kamu..

kamulah Si Polan itu.

Z E R O..

Aku

Tangan letak di dahi

Fikiran tembus sampai galaksi Bima Sakti

Benci!

Setempayan ingatan Precint B

Sila nyah dari sini

Mengosong otak tanpa baki

Biarkan aku

Bebas. . . Sendiri. . .

Infiniti..


E G O !

Aku

yang tak meluah kerana benci

yang ingatan tak memutus pergi

hingga lewat hari ini

tengah malam dua belas dua puluh lapan pagi

ada ucapan di dalam hati..

Libra ku

Selamat hari jadi!

K A L A U L A H..

Ego hati nak jadi batu

Biar keras.. punya nawaitu yang jitu

Meski disogok

Dimomok bertepu tepu

Hati tetap kuat

Mendukung minda kepala batu

Jiwa kental tak kenal sedan sedu - Apa itu?

Tetap keras mahu yang satu

Yang lain aku tak perlu

Hanya satu

Tetap yang itu!


Kalaulah hati sekeras batu..

R I N T I H A N..

Lihat tapak tangan

Ada garis kebesaran Tuhan

Sembilan puluh sembilan

Lantas teringat pada perjanjian

Ya! Akulah anak Adam yang semakin melupakan..

Kiri kanan tercatit butiran

Pahala kewara’kan dan dosa kesesatan

Helaian penghabisan yang akhirnya menyaksikan

Kemungkaran, kemaksiatan mengatasi kebaikan

Berat sebelah catatan amalan

Taktala diangkat di senja Nisfu Syaa’ban

Ya Tuhan!

Akulah khalifah Mu yang tidak beriman

Akulah hamba Mu yang dalam kesesatan

Akulah umat Rasulullah s.a.w yang sentiasa kerugian

Akulah insan yang kufur melaksana amalan dan suruhan

Akulah si kerdil yang sentiasa tewas pada godaan..

Maha Esa Allah yang satu

Kurniakanlah keberkatan dan hidayah-Mu

Buat diriku yang teramat perlu

Izinkanlah sayap malaikat menaungi hari-hariku

Moga keberkatan Al-Ikhlas itu merahmati perjalanan berliku

Sebelum Sakaratul Maut datang menjemputku

Tuk berhadapan dengan Mu di hari pembalasan itu..

Ya Tuhan...dengarkanlah rintihanku..

SEMAK

Menyemak.

Rindu ini semak

Ingatan ini.... semak

Rasa ini juga.... semak

Kepingin bersama juga semak

Semakin difikirkan semakin semak!

Kau sayang tapi secupak

Kau rindu tapi tak membuak

Hati pula langsung tak kau bukak

Kau seperti tak berotak!

Aku dah jelak

Makin lama, makin muak

Perasaan bengkek, hati bengkak..


KAU BUAT AKU SEMAK!!


S E L E S A I

Tarik nafas dalam-dalam

Hembuskan perlahan dengan tenang

Girangkan hati menuju pulang

Sirna yang kelam

Kini dah terang..


Beristighfar, berzikir dalam-dalam

Kalimat penenang jiwa yang suram

Tak guna ditangis lagi kenangan semalam

Campak jauh ke lubuk biarkan tenggelam..


Gunakan otak pikir dalam-dalam

Zat di dunia tak habis selam

Hidup bukanlah bangkai mati terendam

Tapi satu nikmat yang paling dalam!!


HARU BIRU

Haru biru..

Serabut tingkah laku

Aku mahu..aku perlu.

Tapi malu..

Bisakah itu?

Kejung.. Langkah beku

Dia tahu tapi kaku

Dia mahu tapi nanti dulu!

Kapan lagi harus aku tunggu?

Sepi. Bisu.

Bicara lidah terusan kelu

Hasrat hati dibiar terbuku

Engkau dan Aku

Mungkinkah kita dapat bersatu

Atau terkubur saja pengharapan itu..

Biar saja masa yang tentu..


PERMATA HATI..

*buat kedua-dua permata hati Ibu

Naluri Ibu yang rawan

Lantaran kita berjauhan

Namun kasih senantiasa berpanjangan

Buat anakanda di kejauhan..


Maafkan kekurangan

Dan segala kelemahan

Tangisan sayang Ibu kirimkan

Tanda ingatan sepanjang perpisahan..


Buat putera-putera kesayangan

Kapan berakhir penderitaan

Moga suatu masa jangan pernah lupakan

Ibu di sini yang menyayangi dan merindui kalian..


Selagi Ibu punyai kudrat

Selagi nyawa Ibu tak meninggalkan jasad

Selagi itulah kasih Ibu terutuh kuat

Hingga saat Ibu dijemput ke liang lahad..


~SAYANG ANAK IBU~

maafkan Ibu....


T E N T A N G D U L U..

Mana dulu

Waktu itu.

Aku rindu.

Aku tunggu.

Mana "i miss U"

Pesanan ringkas itu

Kapan lagi kau kirim pada ku

Aku dambakan saat itu..

Pulang

Aku tunggu

Bertaut kasih harapanku

Mana sayang

Satu tika dulu

Pernah kau titip dibibir rekah itu

Aku rindu..

Ya Allah!

Kembalikanlah dia padaku

Yakinkannya akulah sebahagian tulang rusuk itu

Leburkanlah hatinya yang beku

Sebatikan ia dgn hatiku

Membeku utuh menjadi satu...

ENTRY AMARAH SI PERAJUK..

Tersirap darah

amarahku terkuak

lihat senyum si Bongkak

bangga diri umpama si merak

karpet merah bagai dipijak

laksana pengantin jalan diarak.

Si bangsat durjana

cadar merah jambu itu saksi segalanya

tilam Vono itu bukti lakon cinta

ghairah kau cemar antara kelangkangnya.

Brengset si Bongkak

habis rabak terus kau campak!

Kau si bongkak lupa daratan

bertasbih nafsu berkerat rotan

Haram yang kau mahukan

Hina yang kau salutkan

Jahiliah yang kau ikutkan

Serakah syaitan yang kau puaskan!

Kau lepas.

Aku tewas.

Kau puas.

Aku lemas.

Berdua kita qiam

Bersama nanti tenggelam

Menahan seksa neraka jahanam!

L E L A H K U..

Aku

sesak.

dalam rindu yang tak henti bertangis

dalam jiwa yang semakin sadis

hasrat ini tak mampu ku tangkis

kasih ini menempek berkudis.

Mengapa kau membengis?

pada peraih cinta yang mengemis..

Mengapa kau tepis?

"Kita" yang bisa mencipta kenangan manis.

Aku

sebak.

pada kanda rinduku membuak..