BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

C E P A T !

Tak mungkin jelajah satu belantara
Atau menyelinap pelosok antero dunia
Tuk mencari dia suntingan jiwa
Mana kamu? - Sila.
Mencari pula aku Si Dewi Cinta
Heh!~ Rapat.
Tak perlu temuduga
Walk-in terus sahaja
Aku pasti terima
Andai benar kamu Arjuna
Yang kasihnya mekar sentiasa
Yang poketnya ada ringgit - tak perlu berjuta
Yang setianya hingga kedut di muka. - Sila.
Tak perlu capek mencari
Kerana aku ada di sini
Menanti-
Hadirnya kamu Sang Arjuna merapati
Bersama aku merealisasi mimpi!

Monday, November 9, 2009

ENTRY MAMAK..

Pekat Neslo dan Milo ais tabo

Ber ais tapi aku berpeloh
Dada memuncak
Deras..lagi, lagi, lagi dan lagi
Argh..apa ini? - Pandangan terhalang
GOLLLL...
Badigol betul.
Terlepas.
Detik emas
Kemenangan
Pasukan jersi biru itu

Chelsea kesayanganku..

Sunday, November 8, 2009

P O L A N

Telanjang

Terbogel sekali lagi
Tubuh mungil jadi tatapan
Namun santapan? - heh jauh sekali..
Maaf.
Persalinanku hanya kain perca
Yang akhirnya dicarik rabak
Si polan durja.
Taksubnya mereka
Taktala menjaja cerita
Mengaib meskipun dusta.
Aku..
Perempuan malang itu
Dalam telanjang
Tetap kental berhati jitu
Bingkas
Ku kutip sisa perca itu
balut semula tubuh giurku
Separuh bogel - Aku tak malu..-heh
Maaf.
Bukan aku perempuan tak tahu malu
tapi telanjangku kerana kamu
bukannya aku!

kerna kamu..

kamulah Si Polan itu.

Z E R O..

Aku

Tangan letak di dahi

Fikiran tembus sampai galaksi Bima Sakti

Benci!

Setempayan ingatan Precint B

Sila nyah dari sini

Mengosong otak tanpa baki

Biarkan aku

Bebas. . . Sendiri. . .

Infiniti..


E G O !

Aku

yang tak meluah kerana benci

yang ingatan tak memutus pergi

hingga lewat hari ini

tengah malam dua belas dua puluh lapan pagi

ada ucapan di dalam hati..

Libra ku

Selamat hari jadi!

K A L A U L A H..

Ego hati nak jadi batu

Biar keras.. punya nawaitu yang jitu

Meski disogok

Dimomok bertepu tepu

Hati tetap kuat

Mendukung minda kepala batu

Jiwa kental tak kenal sedan sedu - Apa itu?

Tetap keras mahu yang satu

Yang lain aku tak perlu

Hanya satu

Tetap yang itu!


Kalaulah hati sekeras batu..

R I N T I H A N..

Lihat tapak tangan

Ada garis kebesaran Tuhan

Sembilan puluh sembilan

Lantas teringat pada perjanjian

Ya! Akulah anak Adam yang semakin melupakan..

Kiri kanan tercatit butiran

Pahala kewara’kan dan dosa kesesatan

Helaian penghabisan yang akhirnya menyaksikan

Kemungkaran, kemaksiatan mengatasi kebaikan

Berat sebelah catatan amalan

Taktala diangkat di senja Nisfu Syaa’ban

Ya Tuhan!

Akulah khalifah Mu yang tidak beriman

Akulah hamba Mu yang dalam kesesatan

Akulah umat Rasulullah s.a.w yang sentiasa kerugian

Akulah insan yang kufur melaksana amalan dan suruhan

Akulah si kerdil yang sentiasa tewas pada godaan..

Maha Esa Allah yang satu

Kurniakanlah keberkatan dan hidayah-Mu

Buat diriku yang teramat perlu

Izinkanlah sayap malaikat menaungi hari-hariku

Moga keberkatan Al-Ikhlas itu merahmati perjalanan berliku

Sebelum Sakaratul Maut datang menjemputku

Tuk berhadapan dengan Mu di hari pembalasan itu..

Ya Tuhan...dengarkanlah rintihanku..